Assalamualaikum...dan salam 1 Malaysia!
Oke..entry aku kali ni KHAS BUAT WANITA! atau dalam erti kata lain PEREMPUAN, GADIS,dan yang seangkatan dengannya oke!STATEMENT aku ni sebenarnya lebih merujuk kepada MENYAMPAH dan TIDAK PUAS HATI! mahu tahu apa sebabnya???
yiipp...aku mulakan! tadi aku saja la kan tengok album gambar seorang friend aku kat facebook.. aku pun tak tahu budak mana add aku.. dah lama dah dia add aku.. soo.. bila aku tengok jerk gambar2 dalam album tu.. aku mengucap.. sebab apa jadi macam tu??sebab begini..
sekadar hiasan / contoh
bukan pemandangan atau gambar kereta yang aku nak korang FOKUS tapi gambar yang cantik + cun melecun yang berdiri tegak tu..aha!cun x?? huh! itu yang aku maksudkan.. TERDEDAH!
korang faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan?? tak faham?? mai sini aku nak habaq..aku sebenarnya terus jadi MELUAT sesangat dengan budak tu! nak tahu kenapa?? sebab suka hati dia post gambar macam tu kat facebook dia.. kalau berbalah dengan dia pun mesti dia pertikai and back up diri dia.. memang la itu hak dia.. facebook dia.. privacy dia.. tapi.. privacy jadah amende macam tu?! haktuih! sebab tu lelaki ramai add dia.. motif? fikir sendiri!
nak dikatakan keseluruhan gambar dalam album tu semua buat muka macam itik! mulut muncung sana sini.. nampak lurah sana sini.. pakai seluar pendek sangat.. gaya macam monyet! nak famous sangat ke apa?? HANYA 1 GAMBAR PAKAI TUDUNG! aku marah ni! nak cakap aku dengki and jeles?? oopppss!!!silap orang weh.. aku taw la ko cantik tapi agak2 la kan nak tempek gambar kat facebook tu! kalau setakat satu jerk gambar pakai tudung tapi yang lain gambar macam tak pakai baju baik TAK PAYAH! aku pun bukan lah baik sangat.. kadang2 free hair jugak.. tapi takde la pulak pakai baju tak cukup kain pastu tangkap gambar then post kat facebook. agak la kan.. soo aku jadi TAK PUAS HATI! hanya disebabkan gambar2 macam tu yang berlonggok kat facebook, KAUM ADAM selalu PANDANG SERONG kat KAUM HAWA! nak famous sangat ke???
sudah tu pulak, yang komen nyer kaum adam! yang like nye pun kaum adam! bagi aku sikit pun tak comel + cantik kalau gitu gayanya! ada pulak satu komen tu buat lambang macam ni... ),(..hah!faham tak maksudnyer?? dia boleh pulak bangga2.. uikhh!!! dah macam BOHSIA pun ada aku tengok...
sooo.... pesanan aku kat korang semua.. hentikan lah letak gambar2 macam tu dalam facebook.. tak nak pakai baju ke apa ke.. itu privacy ok! buat kat luar dah la.. tak payah nak galak sangat post kat facebook. membuatkan orang makin meluat adalah.. tapi bagi kaum lelaki mungkin suka sangat2! lelaki kan GATAL!huh!
hurmmm.. kalau macam ni la kan.. macam mana kes rogol, cabul tak berleluasa??
p/s : maaf kepada yang terasa. aku jahat jugak tapi takde la sampai
macam tu.. dalam proses muhasabah diri. :)