Salam 1 Malaysia....
Ok..semalam aku ada terbaca pasal 20 kehebatan lelaki dekat laman fasbuk aku..ouuuuhhh!!! hebat sangat ke kaum Adam ni?? Wokeh... berikut adalah list yang dikatakakan hebat sangat tu...
1) Tak perlu mengandung.
2) Boleh kencing merata - rata.
3) Kerjanya sama, tapi gaji lebih.
4) Kedut dan boroi lambang kejantanan.
5) Orang tak pandang ke dada bila bercakap dgn mereka.
6) Berbual di telefon 30 saat je.
7) Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar selama 5 hari berturut-turut.
8) Di puji sebab berjaya keluarkan 1 idea yg ciput.
9) Boleh pakai seluar dalam yang berharga RM9.90 sekotak (ada 3 helai).
10) Boleh pakai baju yang berkedut.
11) Apa yang ada di muka semuanya ori.
12) Stail rambut sama saja selama bertahun – tahun dan mungkin berdekad.
13) Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking sampai koyak.
14) Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki.... Urrggghhhh~~.
15) Misai berserabut? No hal lah...
16) Boleh mengorat.
17) Bergaduh / Bertumbuk di khalayak ramai tanda kegagahan.
18) Merokok itu macho.
19) Boleh pegi kedai hujung beli rokok hanya pakai seluar pendek tak berbaju dengan muke selamber.
20) Pakai seluar koyak.. "Gua Rock maaaaa!!!"
Okeh!! Boleh saya sebagai kaum Hawa komen tak wahai kaum Adam??
1. Sebab itu KEISTIMEWAAN kaum Hawa sahaja.. terima kasih!
2. Kencing merata – rata dah mcm #%&*#^ dah taw! Apala yg nak dibanggakan sgt???? Hebat sgt la tu kononnya kencing merata? Huh! Geli aku!
3. Mmg gaji lebih tapi selalu merungut.. tak percaya?? Cuba bagi kerja kat diorang.
4. Hahahaha.... korang taw tak bahawasanya BOROI itu HODOH sesangat??? Aku pun tak faham macam mana boleh jadi hebat?? Huahahahaha...
5. Sebab dada korang tak naik.. dan bukan macam dada perempuan oke!! Sebab itu la bila kaum lelaki bercakap dengan perempuan, korang suka pandang dada. Sebenarnya sememangnya korang ni GATAL!
6. Korang kedekut sangat kredit sebab itula sekejap jer borak.. cakap gaji lebih tapi habis kat ROKOK je...
7. Haa.... ni memang sebab korang PEMALAS! Takde bini nak tolong basuhkan!
8. Pernah korang terfikir tak sebab musabab korang dipuji??? Ha... tak taw kan! Kan! Kan! Sebabnyer.. korang tak pernah sumbang apa – apa idea sebelum nie.. asyik orang jerk yang suap.. sebab tu la bila korang sumbang idea orang puji.. supaya lepas nie korang lebih BERSEMANGAT oke! Sooo... tak payah nak riak!
9. Hek eleh.. bangga sangat pakai seluar dalam murah.. tak berkualiti la tu... ahakhakhak... gaji lebih tapi KEDEKUT kan!
10. Korang ni memang kaum PEMALAS la! Kalau betul la pakai baju kedut tu nampak hebat.. kenapa mesti terciptanya seterika?? Baik tak payah.. baru la nampak hebat kan pakai baju kedut.. mesti satu dunia nak kan..
11. Memang la ori.. sebab.. HARAM hukumnya mengubah ciptaan Allah S.W.T...
12. Sebab takde IDEA nak ubah atau bagi korang itu stail rambut yang paling MACHO pernah korang buat.. eeeuuuyyyy!!!! Bluuueekkk!!!
13. Oke! Ni 2 alasan yang lebih kurang sama dengan nombor 6 & 7.. korang KEDEKUT nak beli baru dan PEMALAS nak basuh!
14. Seluar pendek!! Tolong tutup AURAT oke! Kalau kaki cantik macam model takpe ar jugak..
15. Semestinya korang tak pandai nak jaga PENAMPILAN.. dengan kata lain.. korang ni tak kisah pasal diri korang.. ikut sedap korang jerk.. sesungguhnya ketrampilan itu penting yee...
16. Huh! Serabai macam tu sape la nak dingorat oleh korang??? Kirim salam jelah!
17. Sikap macam ni dikatakan hebat?? haktuih! haiktuih! Ingat sikit..yang ATAS tu lagi HEBAT taw! Kalau macam ni la kan.. macam mana nak aman?? Asyik bergaduh jerk!
18. Ha’ah.. memang macho sangat3! Macho sampai memakan diri sendiri.. disebabkan nak kejar kemachoan korang yang diistilahkan hebat tu.. korang pun merokok la.. walhal korang taw BAHANA merokok ni ape! Mengundang macam2 PENYAKIT oke! Kalau korang jer takpe.. ni melibatkan orang sekeliling yang terpaksa menghidu asap rokok korang tu!
19. Oke!korang memang MUKA TAK MALU!
20. Ni pun sama.. seluar koyak pun nak bangga.. tolong hantar kedai jahit atau beli BARU oke!
Jadi.. kesimpulannya..tak payah nak hebat sangat oke! Semua tu bkn KEHEBATAN korang tapi KELEMAHAN oke!
Sekian.. (^o^)