Oke.. entry kali ni aku nak cite pasal something yang boleh dikatakan menyakitkan ati dan jugak boleh dikatakan menyenangkan ati... huh, statement GILA! hahaha..
Hurmmm..oke2! kita bukak cite.. dah bape ari tak update blog.. KEMALASAN menghampiri diri aku.. >_<
Oke..semalam aku dengan dak tua pergi Berjaya Times Square untuk tengok movie Apa Tengok - Tengok? sebenarnyer aku malas nak keluar sebab badan lemah, kepala sakit sebab aku tak berapa sihat.. tapi disebabkan sakit hati asyik kene sindir dengan dak tua, aku pun gagahkan jua diri ini.. ceewwaahhh!! :)
Oke! kitorang pun pergi laa naik tren sebab ari tue adik dia nak guna moto.. soo kitorang sampai lah tempat yang dituju dengan selamat.. dah sampai mestila nak balik kan.. so... dak tua cakap kat aku nak balik naik TEKSI ke naik BUS? aku diam! Then, aku cakap la naik TREN. Lagipun jalan sesak sangat masa tu. Sebab dak tua cakap law naik teksi tambang RM30 dari Times Square sampai ke Bandar Tasik Selatan (BTS). so.. kalau ikutkan hati aku nak je naik tren.. sonang! tapi entahlaa.. dia jadi kepala apa pun aku tak tau semalam. dia ajak aku jalan.. aku pun jalan la.. korang nak tau dia bawak aku pergi mana?? Jeng!Jeng!
Ahaa.. oke tak?? aku ni sabar ajela.. memang mood aku dah lain dah.. tapi aku diam.. bukan la aku ni nak demand sangat sampai tak nak naik bus.. tapi aku memang tak berapa suka naik bus sebab suka pusing merata.. lagi satu pulak tempat yang nak pusing tu begitu ganjil bagi aku. konon2 dak tua cakap nak ambik angin la.. huh! angin kejadah amenda pun aku tak tau!
Hummm.. tak sampai lima minit kitorang tunggu, bus rapid kl pun sampai.. aku pun naik laa... dak tua suruh aku duduk dulu sebab dia nak bayar tambang. aku pun duduk laa. aku tunggu la dia kat seat. punya la lama dia gi bayar tambang.. aku tengok2 la apehal kan.. rupa2 nya bus tu menggunakan sistem kad rapid..
macam ni lah ghupenyer kad tu..
Sooo... masalah kitorang sekarang ni.. kitorang ni miskin sikit.. tak mempunyai kad rapid pass tu.. dak tua sorang ajela takde.. aku ade.. tapi aku tak bawak.. hihihi.. kad aku tu pun tahun lepas aku buat. dah lama tak pakai. entah aktif lagi atau tak.. (",)
Jadi.. dengan kemahiran yang ada kononnya.. dak tua berusaha nak bayar tambang tu.. dia pun memproses la mesin tambang dalam bus tu..
Ni mesinnya
Aku tak tau apa silap nya.. dak tua duk datang kat aku and mintak duit rm5. sebab mesin tu duk bising gagal lah tak berjaya lah entah apa bagai entah.. malu beb mesin tu bising. kuat lak tu.. satu bus dengar.. aku tak tau amende yang digodam dak tua.. betul dia salah atau memang dia suka dengar suara pompuan tu! dan hal ini membuatkan mood aku jadi down terus! rasa macam nak menjerit pun ada.. yang driver bus pun bukan nak tolong..
Aku dah la takde mood.. dikelilingi pulak oleh bangla2. ada pulak la sorang bangla tu duk tengok2 aku lain macam.. huh! mengerikan pandangan dia! buat muka menggoda pulak.. ingat aku hadap? Haktuih! bukan sekali.. tapi berkali2 oke!!!! MENYAMPAH! dalam hati aku dah ready nak maki dia APA TENGOK - TENGOK??!!
Punya la lama aku tunggu dak tua bayar. tak boleh2.. dalam hati aku dah kutuk macam2 dah. Ngee~~. dah nak sampai pun still jugak tak berjaya.. lepas tu aku terdengar ada la sorang akak ni kot tegur dak tua. dia cakap kene masukkan RM10 untuk buat kad.. tapi mungkin dak tua tak nak kot. MENYUSAHKAN!
Then.. dah lama lepas tu.. dak tua datang kat aku and cakap hari ni kita naik bus FREE. huh! dalam hati aku cakap.. kan senang.. hahahahaha... tak payah nak susah2. hooyyeeaahh!!! (^_^)
Oke.. kegunaan kad tu mungkin banyak.. nak naik LRT, monorel or komuter pun boleh. parking kereta aku tak tau la pulak kan..
Cara nak guna kad tu macam ni.. Bit sekali masa nak masuk bus tu then kita kene Bit sekali lagi masa nak keluar tu. Pengguna hanya perlu menyentuh kad pembayaran elektronik, Touch ‘n Go ketika menaiki bas dan jumlah maksimum tambang mengikut laluan dicaj akan dipaparkan.
macam ni.
Oke.. aku nak komen! memang la benda alah ni MENYENANGKAN.. memang tak dapat dinafikan.. menyenangkan pemandu bus yang tak payah susah payah nak kutip tambang lagi dan penumpang jugak tak payah nak beratur panjang serta keluarkan tunai. Cepat dan mudah!
Tapi... ianya MENYUSAHKAN bagi penumpang yang macam kitorang ni.. lagipun kalau aku buat kad tu pun bukan boleh guna sangat sebabnya aku duk NILAI oke! bukan KL. kad tu buat masa ni hanya digunapakai dalam area KL sahaja.
Sebab bulan 5 hari tu aku naik bus Rapid Penang pun still guna tambang tunai lagi.
So, bagi aku.. dua - dua pun boleh.. tapi kadang - kadang teknologi yang terlebih canggih ni banyak menyusahkan pengguna.
(",)







